Sunday, July 31, 2011

ramadhan datang lagi

Alhamdulillah ku bersyukur pada Mu ya Allah, Kau telah memberikan aku peluang sekali lg untuk merasa nikmat ramadhan Mu ya Allah. tahn ni thn ke 5 aku menyambut ramadhan bersama hubby tersayang, dan thn ke 3 aku berbuka bersamanya di rumah kami sendiri,
ku berharap agar ramadhan kali ini lebih sempurna dr ramadhan sebelumnya.......................
Ya Allah, ku bermohon padaMU Ya ALLAH, Kau tabahkan lah hati ku dan kautkan lah iman ku untuk menjalani ibadah puasa di bulan yg suci ini Ya Allah.

Wednesday, July 20, 2011

jiwa kacau............

dah lama aku x update blog aku ni, hr2 on9, tp still malas nak jenguk kat sini, tp hr ni cam terajin plak nak menaip sesuatu buat kenangan
masuk hr ni dah dekat 2week keon pg labuan, entah kenapa kali ni dia pg, raser lamer sangat nak tggu dia balik, dah lama aku x raser cm ni, sehari dia x kol atau msg , aku raser cm gelisah semacam, aper makna nya tu yerk? RINDUUUUUUU, tetttttttttttttttttttttttttttttt, hehehe, sekarang baru nak rasa, dulu pun dia selalu pg kejer jauh2 tp kali ni raser lain skit.
x saba nak tggu dia balik.
my hubby, i miss you so much larlink

Sunday, July 3, 2011

mood sentap

hr ni sebenonyer x lah sentap, tp bila malam mood aku automatik bertukar sentap, start time hubby kol mak ngan ayah dia, dia nak kol parents dia tu, aku x kisah lah, sbb memang mak ngan ayah dia lah kan.
yg menjadikan aku sentapnyer dia ckp ngan ayah dia yg next week dia nak pg labuan 3weeks, x pepasal ayah dia soh aku balik umah mak ngan ayah dia kat kedah, suka2 hati jer. dah lah memang tabiat aku ni susah nak cakap TAK bila mak ngan ayah dia suruh. pandai2 jer, sakit tul hati aku!!, time aku cakap ngan hubby aku nak balik kg aku time dia pg labuan,cepat jer dia cakap TAK PAYAH BALIK, pas tu tup tup ayah dia soh aku balik kedah plak.hishhh mau aku x HANGIN..............
 aku ni x pernah dapat peluang nak balik kg aku, dia x tau ker betapa rindunya aku kat kg, ngan kakak2 aku kat sana. kalau aku tepon kakak2 aku konfem soalan pertama yg diaorang tanyer bila nak balik kg? sampai aku dah x tau nak jawap aper lg dah. sian kakak2 aku, setiap kali aku cakap nak balik kg aku jer , hubby mesti bg alasan cm ni'NANTI KALAU BALIK NAK PAKAI DUIT LG, ESYA NAK MACAM2 LAH ', NANTI KALAU BALIK ESYA KENA GIGIT NYAMUK LAH'.,TAKUT NANTI KALAU BALIK ADER YG MENGUNGKIT LAH, MENYUSAHKAN KAKAK2 AKU LAH' macam2 jer alasan nyer, peh tu kalau balik kedah x payah pakai duit ke? x kena gigit nyamuk ker? x menyusahkan?kadang2 terasa sangat hati aku ni...............................
tau x yg aku masih ader keluarga, walaupun mak ngan abah dah x der tp aku ader 6org lg kakak yg masih hidup, salah ker aku nak balik dan jumpa diaorg? tau x bertapa rindunya aku kat diaorg, rindunya aku nak ziarah kubur mak ngan abah? rindunya aku nak tidur kat bilk aku kat umah pusaka abah?rindunya aku kat suana kampung?????????????????? TAU KER TAK??////
aku tau yang hubby x pernah tau dan x pernah nak aik tau pun pasal tuuuuuuuuuu..............................
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, June 26, 2011

selamat hari bapa....

selamat hari bapa kepada semua bapa yg ada di dunia ini,

sedih sebenarnya bila mengingatkan hari2 yg istimewa cam ni, macam hr ibu / hr bapa, sebenarnya aku x pernah pun sambut kedua2 hr ni, bg aku hr2 ni sama mcm hr2 yg lain, nak tau kenapa sbb abah ngan mak aku dah lama meninggalkan aku , mak aku tinggalkan aku masa aku baby lg, so aku x penah jumper pun mak ...........

Tp kalau abah.........
Abah adalah insan yg paling aku sayang dalam dunia ni, x ada lelaki lain yg boleh gantikan abah dlm hati aku, tp masa aku dapat bermanja ngan abah x lama , abah pun ikut jejak mak maser umur aku 8thn, maser tu aku sekolah darjah 2. abah adalh sorang insan yg sangat tabah , penyayang , baik dan tegas. abah umpama mak dan abah untk aku dan kakak2 yg lain, abah lah yg masak , basuh baju, kemas rumah tuk kami adik beradik, tp abah x pernah mengeluh. walaupun abah cuma kerja kampung tp kami adik beradik x pernah rasa susah, abah sentiasa ada. aku ingat lagi masa aku sekolah darjah 1, abah hantar aku sampai kat depan kelas, hari pertama sekolah abah tggu aku, takut aku nangis. abah memang  sangat sayangkan aku dan kakak2, setiap kali amik aku dr sekolah, abah mesti belikan aku coklat appolo, abah simpan kat kocek baju dia, naik jer moto, coklat tu yg aku cr dulu, sangat indah kenangan tu, abah x pernah mengeluh dengan perangai aku. kemana jer abah pergi abah mesti bawak aku, kalau x aku akan nangis dan merajuk, tp abah x pernah marah. kawan2 abah selau tanya ngaper x cr mak baru, tp abah x jawap cumer senyum jer sbb abah tau x der yg setanding mak, aku tau abah tetap sayangkan mak............... abah sangat tegas tentang solat dan mengaji , abah selau kater kalau abah xder nanti saper yg nak bacakan yassin tuk abah kalau acu x pandai ngaji. tp maser tu aku kecik lg x pernah paham aper yg abah maksudkan. aku ingat lagi satu hari aku merajuk ngan abah, aku x nak tido ngan abah, abah pujuk aku , abah cakap' acu maser ni jer abah nak tido ngan acu , nak peluk acu nanti kalau abah dah mati acu nak peluk saper?' entah kenapa maser tu aku raser sedih sangat , teraser lain macam sangat ayat abah maser tu?

Aku ingat pada bln 8 thn 1992, aku balik sek agama, tp hr tu bukan abah yg amik aku , paklong yg amik, aku pun heran. bila sampai rumah aku tgk abah dah terbaring x bermaya, aku tanya kakak kenapa abah ? kakak cakap abah sakit, aku pelik sbb pg td abah ok jer antar aku pg sekolah, aku sedih sangat tgk keadaan abah, bila malam ramai org datang umah nak ziarah abah, tp abah x berdaya nak layan tetamu yg datang, kakak2 aku semua dah berkumpul, aku x tau aper2 aku cuma nak baring tepi abah, aku nak tido tepi abah, bila pg aku bangaun nak kejut abah tp abah dah x der tepi aku, akau tanya kakak, kakak cakap abah dah x der, abah dah pegi. aku ingat abah dah sihat dan pegi kebun tp bila aku naik atas aku tgk org lelaki ramai2 tgh mandikan abah, kenapa abah x boleh mandi sendiri? lepas tu diaorg bungkus abah ngan kain putih, aku tgk jer, aku tanyer dlm hati kenapa nak bungkus abah, ngaper abah x bergerak, macam persoalan ader dlam otak aku maser tu. lepas semua sembahyang org2 tu angkat abah masuk dlm kereta , bawak abah pergi , aku nak ikut tp kakak2 aku x bagi, aku tanya kakak , diaorg nak bawak abah pg maner.tp kakak aku x ckp aper pun. malam aku tggu abah balik tp abah x balik2 jugak, hari2 aku tggu tp abah x pernah balik lg, sampai lah satu masa baru kau paham yg abah dah pergi tinggalkan dunia ni, tinggal kan aku dan kakak2 aku,

Walaupun abah dah x ada ngan kami, tp kenangan bersama abah x pernah hilang dr ingatan. aku sentiasa rindu suara abah, gurauan abah, bebelan abah, dan yang palin aku rindu masakan dan pelukan abah .abah adalah insan yag terbaik yg pernah aku ada dalam dunia ini.

ABAH , MAK , WALAUPUN KALIAN TELAH TIADA, ANAKMU INI SENTIASA MERINDUI KALIAN. AL - FATIHAH.......

Wednesday, June 15, 2011

Fina AF9 - Menangis Lagi

sentap bila dengar lagu ni, sedih masih terbawa2 , ntah kenapa cam kena jer lagu nih dengan diri ini....

Wednesday, June 8, 2011

kenangan menggamit rasa

satu ketika dulu

kini hanya tinggal kenangan
dulu, masa bercinta, kereta ni lah yang banyak beri kenangan tuk aku ngan hubby, susah payah kami semuanya kereta ni jadi saksinya, terasa rindu sangat nak  naik PEC, jauh atau dekat, hujan atau panas, susah atau senang, aku , hubby ngan PEC tetap setia bersama. TAPI

pada 7/06/2010 semua kenangan kami bersama telah hancur di tepi jalan, kesian kan kesudahan hubungan kami ngan PEC.... hari tu kami baru balik dr kampung , pada jam 6.30pm di km36 Bentong semuanya menjadi saksi perpisahan kami, kerana hujan lebat dan jalan licin , hubby hilang kawalan , dan kesudahannya PEC terdampar di tepi jalan, sayu hati melihat keadaan nya, cermin pecah , bumbung patah, kemek di sana sini, sama seperti remuknya perasaan kami, tapi aku bersyukur kepada ALLAH SWt kerana aku hubby dan esya tidak mengalami kecederaan yang serius, ALLAH amat menyayangi kami sekeluarga dan masih memberi peluang tuk kami menikmati hidup di buminya. ternyata kasih sayang PEC pada kami sekeluarga amat tebal, walaupun badannya remuk dan mengalami banyak kecederaan tapi PEC tetap melindungi kami, waktu kejadiaan berkali2 PEC bergolek di atas jalan , namun tidak sesekali dia membiarkan kami tercedera.
saat tu aku tau hubby sedih dengan semuanya yang berlaku.....
setelah hampir sebulan PEC berada di bengkel , kami di beritahu yang PEC tidak dapat di gunakan lagi, hancur nya hati kami hanya Allah yang tahu. rindunya kami dengan PEC
kini PEC tiada dengan kami , namun kenangan bersamanya tetap dalam ingatan kami, dan kami tetap merinduinya, tiada kenangan seindah kenangan bersama PEC
beginilah keadaan PEC

teruknya kecederaan yang PEC alami

walaupun telah 1 tahun kejadiaan berlaku, namun peristiwa itu x akan kami lupakan, PEC tetap di hati kami

Wednesday, June 1, 2011

welcome jun

selamat datang bulan jun, selamat tinggal bulan mei, sekejap jer masa berlalu dah nak hujung thn 2011, syukur kerana ALLAH SWT masih memberi kesempatan untuk menikmati alam cintaanNYA,

Friday, May 27, 2011

thanks hubby

dah lama aku nak beli jam baru, tp asyik x sempat jer, bkn x sempat aper, sbb slalu x cukup budjet, tp semalam my hubby telah belikan aku jam itu, hakahakhak, thank you very much sayang
my watch

Wednesday, May 18, 2011

happy birthday sayang

sebenarnya birthday my hubby dah lama lepas , pd 11.05.2011, hr tu, tp br skang aku nak update kt blog ni, nothing special maser birthday hubby coz maser tu kami kat kampung hubby kat kedah, tp bila dah balik umah sendri baru aku fikir nak buat something, just tuk suka2

ni jer kek coklat tuk my hubby. walaupun ruper x seberapa tp  raser dia yummmmyy, hahahha
tuk my hubby happy birthday sayang i will always loving you my dear

Wednesday, May 4, 2011

pentingkah aku untuk mu?

ada ketikanya , aku sering merasakan aku tak bererti di matanya.
aku selalu memikirkan siapakah aku?
siapakah aku untuknya.........
seberapa pentingkah aku di matanya???............
ketika aku selalu merasa bersalah padanya...
aku selalu berfikir, sehina apakah diriku ini,
sebodoh manakah diriku ini?
seburuk apakah sikap ku ini?

terkadang aku terfikir, siapakah sebenarnya aku ini?
bodoh kah aku selama ini?
Ya Allah , perasaan itu seringkali menghimpit perasaan ku,
Ya Rabbi, jauhkan lah ia dari perasaan ini

terkadang aku pun terfikir.
siapakah sebenarnya aku ini untuknya?
sememangnya aku ini, bukanlah manusia yang sempurna,
sememangnya terkadang , aku tak bisa memberikan hal yang kau inginkan
mungkin hanya satu hal yang yang mampu aku berikan ,iaitu kasih sanyang
dan mungin ia belum mencukupi untuk mu

hingga saat dan detik ini jawapan nya masih belum ku temui
pentingkah aku untuk mu atau hanya sekadar boneka yang menghiasi waktu senggang mu?

Saturday, April 2, 2011

happy birthday puteri ku nur khairien elisya

hr ni 2/04/2011, genap umur puteri tunggal ku 3 tahun, rasa terlalu cepat masa berlalu
pelbagai ragam , keletah dan perangai dia yang telah aku dan hubby layani bersama
terasa baru semalam aku elahirkannya ke dunia, dan hari ini dia telah membesar sebagai anak yang
sangat cerdik dan cergas, sampaikan aku dan hubby tak larat nak melayan kerenah nya.
dan satu hari nanti dia akan menjadi dewasa,
JAUH DI SUDUT HATI KU, AKU HANYA BERDOA  SEMOGA ESYA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH, CERDIK DAN BERJAYA DALAM HIDUPNYA, SERTA TAK LUPAKAN MAMA DAN PAPANYA. SEMOGA DIA SENTIASA MENGHORMATI INSAN YANG LEBIH TUA DARI DIRI NYA.
 AMINN........................

Sunday, March 27, 2011

penatnya........................

hr ni satu hr mengemas stor , banyak barang yang kena buang, tp kebanyakan nya barang kereta b. penat nyer x terkata, after maghrib baru dpat relax,
tp  baru jer nak rehat kan badan dan kaki esya pulak buat hal.., dengan rasa senang hati dia conteng dinding rumah dengan pensel.hadoyyyyyyyyyyy, geram tul aku, nasip baik papa dia ader backup kalu x memang dah lama kena tangan
di sebabkan kesalahan dia , dia telah di hukum untuk membersihkan semula dinding yang dia conteng tu
haaaaaaaa kan dah kena hukum, ambik............

sampai teleng2 memadam hasil karya seni sendiri



keratif tul esya ni

hentah aper yg dia lukis tu, dah macam gabo naga pun ader



Wednesday, March 23, 2011

tegar by Rossa

Tergoda aku tuk berfikir,
Dia yang tercinta, telah lama
tak nampak diri mu disini,

jangan ingin ku tersenyum,
tak ada ghairah,
ku ingin selalu bersama mu

kini ku resah
diri ku lemah tanpa mu

gapai semua jemari ku
rangkul aku dalam bahagia mu
ku ingin bersama berdua selamanya

jika ku buka mata ini
ku ingin selalu ada diri mu
dalam kelemahan hati ini
bersama mu aku tegar.

walaupun jarang ayng ckp, i love you so much 'B'

Monday, March 21, 2011

satu soalan tuk hari ini?

PELUPA.......CUAI.... ATAU.... KURANG PERIHATIN. MANA SATU PILIHAN ANDA?

pagi pagi lagi dah kena marah sebab tak angkat stokin hubby kat ampaian, hish hish hishhhhhh
adakah aku pelupa, cuai atau kurang perihatin. atau yang sebenarnya aku pemalas. hikhikhikhik

Friday, March 18, 2011

ayat novela chinta oleh abdul rahim awang

jangan kerana guruh bergempita
air di temayan kau keringkan

jangan kerana unggas di rimba
denak di sangkar kau lepaskan

jangan kerana pelangi yang indah
lampu di kamar kau matilkan

jangan kerana kerlipan kaca
zamrud di tangan kau lemparkan

jangan kerana buih yang indah
bumi yang nyata kau tinggalkan......

unggulkah sebuah cinta
yang di selubungi pelbagai rahsia

wujudkah sebuah kebahagiaan
tanpa kesetiaan dan kejujuran????????

hari ke 2

on da way pg kuala terengganu: tp pic x dapat snap banyak sangat coz hujan lebat sepanjang jalan , papaer pun still happy sepanjang jalan

esya ngan opah kat tepi pantai after berkelah, walau pun dalam hujan lebat.





my family

walaupun terpaksa berpayung tetap pose

first tiem tgk org tenun songket depan mata, mahal harga songket ni.. sangat klasik

3 hari 2 malam

hr isnin lepas, mak ngan ayah datang umah, so kami pg jenjalan pusing pantai timur dengan syok sekali,
hilangkan boring dan lapangkan dada. hikhikhik......


HARI PERTAMA. ON DA WAY PG PENGKALAN KUBOR
iesya bersuka ria dalam kereta tok wan


mama and papa
esya sayang tok wan
esya sayang papa
iesya and paksu

Tuesday, March 15, 2011

hati oh hati

aku dan hati,
wahai hati,engkau sebahagiaan dari diri ini
taapi, mengapa begitu sukar dimengerti?
tenanglah wahai hati,
cinta untuk mu akan hadir nanti...............
andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama suka dan duka

Friday, March 11, 2011

sajer2

Amin, insyaAllah akan ku tuju ke arah itu

bestnya kalau......

alangkah best nyer kalau aku dapat tido cm ni setiap malam
tanpa di ganggu mimpi mimpi yang menakutkan,yang menyerabutkan kepala,
yang mengampah dan yang menggetikkan hati.................
kenapa lah aku selalu mimpikan benda2 tu????????????
ohhhhhhhhhhhhh jangan datang dalam mimpi aku lagi!!!!!!!!!!!!!!

hishhhhhh hishhhhh hishhhhhhhhhhhh

hish hish hishhhh,,,,,,
ngaper suka buat keputusan sorang diri ???????????

Hati ini terluka lagi

Entahlah.................
Mudah benar hati ini terluka..........................
Mungkin diri ini terlalu memanjakannya..............
Apabila dikasari sedikit........................
Mulalah terasa hati,................
Atau itu memang sifat semula jadi wanita???????????
Mengapa begitu melampau sekali?????????????
sehingga tak dapat di kawal lagi????????????

Wahai hati kurniaan Illahi.....................
Bersuaralah engkau pada ku.........................
Apa yang engkau mahu????????????
Bagai tersiksa sekali........................
Tidakkah kau kasihani aku wahai hati?????????????
Derita nya aku tika dirimu terluka.................
Berubahlah wahai hati......................................
Cukuplah engkau menyiksa diri ini.............

Banyak lagi yang aku harus lakukan yang memerlukan hati yang kental.....
BUKANNYA HATI YANG LEMBIK SEPERTI INI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sunday, March 6, 2011

jangan tanya lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

SESUNGGUHNYA AKU MASIH BELUM BERSEDIA UNTUK
YANG KE DUA, TOLONG FAHAMI DIRI INI WAHAI INSAN.....

Thursday, March 3, 2011

chinta hati ku.....


ayam bakar chinta
dan
salad bbq hati ku

bila kita masak sesuatu ikhlas dari hati dan penuh kasih sayang
hasil nya pasti memuaskan , inilah menu dinner untuk dua insan kesayangan ku.

Tuesday, March 1, 2011

hati ini sering berkata


mungkin sesiapa pun tertanya-tanya , kenapa aku letak gambar cm ni kt blog aku kan?
sebenarnya dua2 gambar ni ada kena mengena ngan aper tajuk post aku.
semalam hubby aku cakap kakak ngan adik ipar aku pregnant. aku tgk muka dia lain macam jer
aku tau mungkin dia pun teringin nak ada baby, yer lah esya pun dah besar, terus terang aku calap
kadang2 aku pun selalu rasa benda yg sama , rindu rasanya nak pragnant dan ader baby lg, tapi,
jauh di sudut hati kecil aku ni selalu jer berbisik, andai MAMPUKAH AKU MENGAJAR 30
JUZUK ALQURAN PADA ZURIAT2 KU NANTI?bimbang rasanya untuk memikul tanggungjawap besar itu

'Scan' Gangguan Dalam Diri Anda

Tanda-tanda orang terkena gangguan sihir atau Jin

Tanda-tanda orang terkena gangguan sihir atau Jin

Sunday, February 27, 2011

biskut semprit chinta esya

biskut smprit ni aku buat ngan esya, time ni baru jer kuar dr oven
teringin sangat nak makan biskut raya, walupun hari ni bukan hari raya.
first time buat biskut, alhadulillah jadi, walau pun rupa nya x se cantik mana
tp rasanya setanding ngan yang kt kedai tau. huhuhuhuhu
emmmmmmmmm sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Wednesday, February 23, 2011

minggu demam tuk aku dan esya

Minggu ni minggu demam tuk aku ngan esya, sakit semua tulang aku ni, dan yang lebih malang lg.
dah 2 hari kat umah aku x der air, nak masak kena angkut air kat bilik air, penatnye lah......
nak mkn ubt pun dah x lalu, raser cam nak muntah tgk ubat.
Ya Allah Kau sembuhkan lah demam aku ni supaya aku mampu untuk buat semua kerja rumah yang terbengkalai nie.............

Monday, February 21, 2011

mee kesian tuk dinner mlm nih, huhuhuhu

huhuhuh, ni lah mee paling simple yg aku masak tuk mlm ni,
isinya cuma kentang, telur, taugeh ngan sawi sepokok jer, coz kt dlm peti ais aku dah kosong
x der stok dah, sementara nak tunggu gaji yang lagi beberapa hari, hukhukhuk, alangkah
sedih bunyiknya, tp nak buat macam mana, sabo jer lah  , janji aku, esya ngan hubby x lapar mlm ni.

Wednesday, February 9, 2011

buang tebiat di dalam rumah ngan esya

ini lah aktiviti aku ngan esya kalau dah boring, ahaksssssssssss

maser ni memang tengh x der kejer, dok umah 2 org , hubby gi kejer

hahahah, gaya org x der kejer

waaaaaaaaaaaa sangat boringgggggggggg

teknik rebonding versi esya, hikhikhik

jom tgk tviq

Thursday, January 20, 2011

happy birthday buat kakak tersayang

Hr ni 20 jan 2011, genap umur kakak aku yang ker 47thn, x terasa plak, rasa macam muda jer kakak aku tu, tp dia memang muda lg pun, hikhikhik

sedap tul kek ni, indalgent, aper x sedapnyer secret recepi punya, memang kenyang ngan kek ar hr ni

Tengok lah betapa semangat dan gembiranya kakak aku memotong kek birthdaynyer, x nampak orng umor 47kan?

ini jer hidangan tuk birthday kakwan, simple tp memang best,hikhikhik, sumernyer segera......

ini lah anak2 kakawan yg mensponser kek yg sangat sedap ...... zura ngan iqbal

ni anak2 kakak aku yg giler2, sorang2 muka dah x sabo nak sembelih kek tu.hehehe

aku ngan esya pun nak menyelit jugak, hikhikhik bkn senang tau nak dapat cam nih...

wah wah wah, korang kalau dapat makan tak hengat yerrrrrrrrrrrrrrrrrr, eh ayah maner erk?

lah kesiannya, baru nak pakai kasut rupanya, alhamdulillah abng lie dah bertambah sihat

ini lah nasip kek ni setelah berjaya di keroyok oleh kami semua,hahaha


akhirnya, hasil yang telah dijangkakan, setelah kami semua makan dgn penuh khusyuk dan tawaduk
erkkkkkkkkkkkk, Alhamdulillah syukur nikmat yang telah Allah berikan