jangan kerana guruh bergempita
air di temayan kau keringkan
jangan kerana unggas di rimba
denak di sangkar kau lepaskan
jangan kerana pelangi yang indah
lampu di kamar kau matilkan
jangan kerana kerlipan kaca
zamrud di tangan kau lemparkan
jangan kerana buih yang indah
bumi yang nyata kau tinggalkan......
unggulkah sebuah cinta
yang di selubungi pelbagai rahsia
wujudkah sebuah kebahagiaan
tanpa kesetiaan dan kejujuran????????
|
No comments:
Post a Comment